Tajuk : Wau; Analisa Dari Segi Rupa Bentuk | ||
Konsep
seni rupa Melayu adalah berasaskan kesedaran terhadap intisari hasil daya
cipta, melalui bentuk tampak kepada dimensi yang menjadi terasnya dan
terjalin pada keadaan karya-karya tersebut. Seni menjadi titian di antara
realiti yang zahir dan yang batin Karya-karya mempunyai peranan sebagai
bahanatara antara jiwa pencipta dan penghayat Sementara
itu menurut Audre Malraux: Hasil-hasil seni rupa yang diwujudkan dari alam sekitar penglihatan dan pemikiran itu adalah ciptaan jiwa yang diwujudkan melalui impian dan mencerminkan keadaan harmoni di antara manusia dan alam semulajadi. Dalam konteks ini cuba kita perhatikan pada salah satu permainan tradisional yang hingga kini masih lagi mendapat sambutan dan tempat bukan sahaja masyarakat tempatan, malahan masyarakat dunia. Kraf yang dimaksudkan itu ialah Wau. Sepintas lalu cuba kita renungkan mengapa permainan wau yng dikatakan sebagai salah satu permainan tradisional yang melekakan ini tetap juga mendapat sambutan dan tempat di kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini? Semestinya ada sesuatu yang istimewa di sebalik permainan tradisional itu. Sebenarnya, permainan wau mempunyai kepentingan yang kuat dari segi pembinaan rohani dan pembelaan jiwa peminatnya. Jadi untuk itu kita harus mengkaji atau membuat analisabterhadap permainan wau atau kraf wau ini dari segi reka bebtuknya. Ini kerana mungkin jarang diketahui umum dan rasanya perlu ditekankan untuk memberi satu gambaran serta kefahaman yang lebih mendalam dan serius tentangnya. Ini bukanlah bertujuan untuk membicarakan tentang kehalusan seni dan kelembutan rasa yang terhasil daripada penghayatan tokoh-tokoh dalam menekuni proses pembuatan dan menghiasnya. Apa yang lebih penting ialah aspek simbolik yang jarang diperkatakan orang. Pengetahuan yang dipusakai sejak turun temurun oleh orang-orang Melayu mengenai wau sebenarnya tidaklah senipis bentuk wau itu sendiri.
Ini
amatlah sessuai demgan cerita-cerita dongeng Melayu iaitu seperti Dewa
Muda dan Hikayat Peteri. Wau dimengertikan sebagai memberi gambaran perangai
manusia. Wau dalam hikayat tersebut diriwayatkan sebagai: Dari segi hiasannya pula, asas kehebatan sesebuah wau itu ialah kemampuannya mendaki udara dan kelembutannya meliuk lentok semasa melawan tiupan angin untuk berada di angkasa. Selain daripada itu, ramai yang akan terpesona dengan kesungguhan pandai tukang-pandai tukang menghias wau sehingga berlapis-lapis kertas ditampal. Pemilihan warna pula adalah berdasarkan warna alam. Ini adalah kerana orang Melayu begitu peka terhadap warna-warna persekitaran mereka di mana warna merupakan kesan cahaya semulajadi dari alam itu sendiri (Siti Zainon Ismail, 1986) Mengikut Ustaz Abdullah bin Muhammad (Nakula), 1975, bunga awan larat pada sesebuah wau bulan pada masa dahulu menggambarkan penyebaran syiar Islam di Nusantara. Ini dapat kita lihat besarnya bunga pada satu titik di atas kedudukan bulan dan menjalar memenuhi ruang wau tersebut. Ini adalah sama dengan proses penyebaran agama Islam itu tadi. Bahagian tengah sayap kiri dan kanan wau sengaja ditinggalkan kosong ataupun diisikan dengan corak-corak yang bertabur. Tukang-tukang wau pada masa dahulu mesti mengadakan ruang kosong ini, kerana jika ruang kosong ini tidak ada, maka wau tersebut tidak boleh dipanggil wau bulan walaupun bentuk rangkanya sudahpun menyerupai bentuk rangka wau bulan. Ruang kosong ini dikenali sebagai kijang emas kencana yang melambangkan barang yang sangat berharga dan dihajati tetapi sebenarnya adalah palsu. Maksud dua ruang itu ialah dua kawasan di mana kedudukan dan kekuasaan Islam tidak dapat bertahan atau kekal lama kerana kesetiaan rakyat tidak jitu. Negara atau kawasan yang dimaksudkan itu ialah bahagian tengah Myanmar dan Champa ( Abdullah Muhammad Nakula, 1975) Dari segi bentuk rangka pula, Abdullah Muhammad (Nakula) 1980, menyarankan bentuk wau bulansebagai lambang nasional. Sebenarnya bentuk ini gtelah dicipta oleh Saynjaya iaitu cucu kepada Raja Ahmad, pembangun Seri Vijaya yang pertama.
b) Pinggang melambangkan Nusa Kancana iaitu meliputi kawasan Semenanjung Tanah Melayu atau Malaysia Barat sekarang c) Tangan dan kaki melambangkan Nusantara yag merangkumi seluruh kepulauan Indonesia, Sabah, Sarawak dan Filipina. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Sanjaya melambangkan wau sebagai negara-negara di seluruh kawasan Asia Tenggara. Jadi tidak salahlah sekiranya kita terus memberi nafas baru kepada permainan tradisional ini agar ianya terus berkembang, agar dapat sama-sama kita melihat, merasai, menikmati dan seterusnya menghayati falsafah yang terkandung di dalam kraf tradisional ini. Bibliografi |
|